Friday, January 2, 2009
Ini adalah gambar pada sebelah malam sambutan Pertukaran Tahun bertempat di Dataran Astaka Kg.Salimandut...
Begitu seronok mereka menjamu selera beramai-ramai.
Untuk pengetahuan semua,aktiviti BBQ yang terdiri daripada ayam,ikan dan sosej turut diadakan.
Selain itu para penduduk yang dermawan juga membawa makanan dari rumah masing-masing.
Antara menu pada malam itu ialah nasi goreng,nasi bungkus,mee goreng,jagung rebus,ulam,kuih pisang,minuman panas,dan bermacam-macam lagi...
Ucapan Perasmian Majlis Pertukaran tahun 2008-2009 pada malam 31 Disember 2008 oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu En.Jemso Majalin.
Maljis pada malam itu dihadiri oleh semua penduduk Kg.Salimandut tanpa mengira usia,agama,bangsa dan status...
Begitu meriah...
3 minit sebelum jam 12.00 tengah malam, acara bertafakur mengikut kepercayaan masing-masing dilaksanakan.
Dengan terlepasnya das tembakan menunjukkan detik jam 12 malam,semua penduduk sama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku,diikuti Lagu Cemerlang,Gemilang,Terbilang dan lagu terakhir iaitu Lagu Sabah Tanah Airku.
Dalam berhibur jangan dilupakan tanggungjawab kepada Tuhan kerana masih memberikan peluang kepada kita semua untuk bernafas dan menikmati nikmat dunia..
Begitu juga sebagai tanda terima kasih kepada Negara Malaysia Tercinta kerana kita berpeluang dan bersyukur hidup dalam Wilayah Keamanan.
Gambar Ketua Pemuda UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu En.Jemso Majalin juga berasal dari Kg.Salimandut....
Beliau merupakan Pegawai PUSPAKOM Daerah Kota Marudu.
Seorang yang pendiam dan cool tetapi mempunyai kuasa dalaman yang kuat. Begitu aktif dalam menghantar pasukan bola sepak untuk menyertai mana-mana pertandingan termasuklah pertandingan futsal di Tampaluri yang dirasmikan oleh YB.Datuk Mukhriz Tun Dr.Mahathir pada Disember yang lalu.Saya begitu bangga dan hormat kepada beliau..
Beliau ni bukannya orang lain dengan saya juga. Beliau merupakan abang sepupu saya.
Beliaulah yang telah merasmikan Majlis Pertukaran Tahun 2008-2009 yang diadakan pada sebelah malam 31hb....
Semoga beliau success selalu dalam semua lapangan yang beliau ceburi....
Kelihatan Pentas Utama Kg.Salimandut dalam gambar....
Pentas ini sudah terlalu lama diwarisi.Saya masih ingat lagi pentas ini dibina pada Tahun 1988 ketika Sambutan Pesta Kaamatan USDA.
Begitu strategik kedudukan Pentas Utama ini.
Sudah tiba masanya wajah Pentas ini harus berubah...
Kami mengharapkan bantuan daripada pihak yang berkenaan dan harap dapat melunaskan janji yang telah diungkapkan....
Golongan Belia Kg.Salimandut yang begitu komited memberikan kerjasama... mereka ini terdiri daripada yang memakai topi warna biru Cikgu Juani,Bell,Odey,Nonong,Boyis,Bulul dan yang lain-lain ni tak clear pula saya muka diorang ni...apa pun Syabas dan Tahniah atas kerjasama yang diberikan...
KEEP IT UP BELIA....!

Hai semua....jumpa lagi dalam Tahun Baru 2009. Lama tak publish apa2 kat blog ni.Saya sibuk sedikit dengan beberapa tugasan dan tanggungjawab....
Peta di sebelah adalah peta wilayah Kg.Salimandut yang meliputi kasawan perkampungan dan kawasan persawahan...
untuk makluman semua,baru2 ni pada 31hb 12.2008,sambutan pertukaran tahun 2008-2009 telah diadakan oleh badan JKKK Kg.Salimandut sepertimana tahun2 lalu.Komitmen yang diberikan oleh penduduk Kg.Salimandut amat memberangsangkan terutama ketika aktiviti gotong-royong di adakan pada sebelah pagi 31hb.
Saya akan publish gambar-gambar penduduk Kg.Salimandut ketika bergotong-royong,begitu juga pada sebelah malam.
Thursday, December 25, 2008
jumpa lagi dalam ruangan ini.Sorry banyak2 yek..da lama tak post apa2 kat blog ni.
BICARA KADANG-KADANG TAK TERJAGA...
JANJI KADANG-KADANG TERABAI...
HATI KADANG-KADANG BERPRASANGKA...
SIKAP KADANG-KADANG MENYAKITKAN...
HIDUP INI MENJADI TERLALU INDAH JIKA MASIH ADA RASA MAAF-BERMAAFAN...
MERRY XMAS 2008 AND HAPPY NEW YEAR 2009 TO ALL OF YOU WARGA MALAYSIA.
Monday, December 15, 2008
Apa pun saya akan masukkan banyak gambar lagi nanti..
"Mata aimasyo"
Tuesday, December 9, 2008

Inilah adalah tanda peringatan bahawa Kg.Salimandut pernah menjadi pusat bagi perkhidmatan JOCV.
Jangka waktu projek JOCV ini mengikut "MEMORANDUM OF UNDERSTANDING" bermula dari bulan April tahun 1987 sehingga Mac 1991.Tetapi projek ini telah mula dijalankan oleh ahli-ahli JOCV sejak dari tahun 1986 dimana ahli JOCV bahagian pertanian telah mula ke Kg.Salimandut untuk menjalankan projek pertanian sehingga bulan Mac 1992.
Kriteria Projek Kemajuan Kampung dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu Bahagian Penyelarasan,Bahagian Pertanian,Bahagian Kesihatan,Bahagian Ternakan Haiwan dan Bahagian Kejuruteraan Awan.
Setiap kumpulan JOCV yang ditugaskan menjalankan bidang masing-masing.Mereka terdiri daripada 5 orang setiap kumpulan.....
Begitu indah kenangan yang tercipta...

Ini adalah gambar dewan serbaguna Kg.Salimandut diawal pembinaannya pada tahun 1987..Ketiak ini saya baru berusia 8 tahun..
Dewan ini dibina apabila kedatangan pihak JOCV (Japanese Overseas Corporation Valunteer) datang ke Kg.Salimandut untuk membantu dalam pelbagai aspek termasuklah Kemudahan awan,pertanian,kesihatan dan penternakan.
Disinilah bermulanya era kegemilangan Kg.Salimandut sehingga bergelar sebagai Kampung Contoh Salimandut.
Masih segar dalam ingatan saya walaupun ketika itu saya masih budak hingusan.Disinilah juga bermulanya nama Kg.Salimandut meniti dibibir setiap lapisan masyarakat.
Saya bangga dilahirkan dalam Kg.Salimandut..saya bangga menjadi warga Salimandut.
Monday, December 8, 2008
ini adalah rakaman kejadian banjir yang melanda Pekan Kota Marudu dan Pekan Goshen pada bulan febuari 2008...gambar ini dirakam melalui telefon bimbit dari flat guru SMK.Kota Marudu yang turut dilanda banjir teruk.....
Gambar ini dirakan oleh Cikgu Jesvi Taising...
"TIADA SIAPA YANG MAMPU MELAWAN KUASA TUHAN"
Sunday, December 7, 2008
Gambar ini diambil pada 8 FEBRUARI 2008, bertempat di Dewan Banquet Hall,Intekma Resort & Convention Center, Selangor Darul Ehsan sempena kursus IT Puteri UMNO Malaysia. Jangan salah faham pula yea...ketika ini Datuk Noraini belum bertudung lagi... Saya mengucapkan thanks very much to Datuk kerana sudi bergambar bersama saya.Datuk memang seorang yang peramah dan mesra rakyat...All the best for her 4ever...Amin......Datuk Noraini merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia pada ketika ini...Selamat maju jaya kepada Datuk..
Saya menghadiri kursus ini mewakili Bahagian P.168 Kota Marudu untuk persediaan menghadapi pilihanraya umum yang bakal diadakan.
Thanks very much for mantan Ketua Puteri Bahagian P.168 Kota Marudu,Puan Mazrin Yubing yang saya sayangi dan kasihi kerana memberi peluang dan ruang kepada saya menghadiri kursus ini.
Semestinya Warga KG.SALIMANDUT bahhhhhhhhhhhh.......
Gambar ini adalah gambar kenangan di antara saya dengan Datuk Noraini Ahmad Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang juga merupakan Timbalan Menteri Menteri Sumber Manusia..."Akar keladi melilit selasih,selasih tumbuh di hujung taman,kalungan budi junjungan kasih,mesra kenangan sepanjang zaman"....
HAH...........sayalah Nong atau nama sebenar saya Justina Tuyundo...Nama nong tu sebenarnya nama timangan.Nama kampung katakan... Walau apa pun, saya cukup bangga dengan nama saya.kepada semua pembaca blog ini diharap dapat memberikan komen yang membina untuk saya memperbaiki mana-mana yang perlu..
Sebenarnya blog ini terhasil hasil daripada bantuan sepupu saya iaitu Cikgu Majaron Masial yang mengajar di SMK.Tandek hasil saranan daripada Cikgu Androd Sadian,Penolong Kanan SMK.Tandek yang juga merupakan bekas cikgu sains saya dahulu...Terima kasih yang tidak terhingga kepada dua insan ini yang menbantu saya menghasilkan blog kampung saya.
Dengan terhasilnya blog ini,saya berharap dapat berkongsi segalanya tentang kampung saya dan masyarakat kampung secara keseluruhannya...Semangat setiakawan,kerjasama,toleransi,dan kejayaan yang dicapai oleh warga salimandut secara keseluruhannya akan saya kongsikan kepada semua agar kita dapat berkongsi pengalaman,ilmu dan segalanya...
Semoga blog ini menjadi kenangan sampai ke akhir hayat saya....Tuhan memberkati...Amin!
Hidup TUMUNDA SALIMANDUT!!!!!!!!!...............




