Friday, January 2, 2009




With My 3 Hero...
Ellner Avner,Ethaniel Aver,Elver Elmer




31 DISEMBER 2008 MAJLIS PERTUKARAN TAHUN KG.SALIMANDUT

kelihatan Aiman dan Avner tersenyum riang...begitu juga dengan kanak-kanak yang berhampiran dengan gong dan kulingtangan.





kelihatan Kak Rapiah dalam gambar...begitu asyik mengurus makanan agar semua penduduk dapat makan....

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan turut serta mengambil bahagian...



Ini adalah gambar pada sebelah malam sambutan Pertukaran Tahun bertempat di Dataran Astaka Kg.Salimandut...

Begitu seronok mereka menjamu selera beramai-ramai.

Untuk pengetahuan semua,aktiviti BBQ yang terdiri daripada ayam,ikan dan sosej turut diadakan.

Selain itu para penduduk yang dermawan juga membawa makanan dari rumah masing-masing.

Antara menu pada malam itu ialah nasi goreng,nasi bungkus,mee goreng,jagung rebus,ulam,kuih pisang,minuman panas,dan bermacam-macam lagi...



Ucapan Perasmian Majlis Pertukaran tahun 2008-2009 pada malam 31 Disember 2008 oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu En.Jemso Majalin.

Maljis pada malam itu dihadiri oleh semua penduduk Kg.Salimandut tanpa mengira usia,agama,bangsa dan status...

Begitu meriah...

3 minit sebelum jam 12.00 tengah malam, acara bertafakur mengikut kepercayaan masing-masing dilaksanakan.

Dengan terlepasnya das tembakan menunjukkan detik jam 12 malam,semua penduduk sama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku,diikuti Lagu Cemerlang,Gemilang,Terbilang dan lagu terakhir iaitu Lagu Sabah Tanah Airku.

Dalam berhibur jangan dilupakan tanggungjawab kepada Tuhan kerana masih memberikan peluang kepada kita semua untuk bernafas dan menikmati nikmat dunia..

Begitu juga sebagai tanda terima kasih kepada Negara Malaysia Tercinta kerana kita berpeluang dan bersyukur hidup dalam Wilayah Keamanan.



Gambar Ketua Pemuda UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu En.Jemso Majalin juga berasal dari Kg.Salimandut....

Beliau merupakan Pegawai PUSPAKOM Daerah Kota Marudu.

Seorang yang pendiam dan cool tetapi mempunyai kuasa dalaman yang kuat. Begitu aktif dalam menghantar pasukan bola sepak untuk menyertai mana-mana pertandingan termasuklah pertandingan futsal di Tampaluri yang dirasmikan oleh YB.Datuk Mukhriz Tun Dr.Mahathir pada Disember yang lalu.Saya begitu bangga dan hormat kepada beliau..

Beliau ni bukannya orang lain dengan saya juga. Beliau merupakan abang sepupu saya.

Beliaulah yang telah merasmikan Majlis Pertukaran Tahun 2008-2009 yang diadakan pada sebelah malam 31hb....

Semoga beliau success selalu dalam semua lapangan yang beliau ceburi....



Kelihatan Pentas Utama Kg.Salimandut dalam gambar....

Pentas ini sudah terlalu lama diwarisi.Saya masih ingat lagi pentas ini dibina pada Tahun 1988 ketika Sambutan Pesta Kaamatan USDA.

Begitu strategik kedudukan Pentas Utama ini.

Sudah tiba masanya wajah Pentas ini harus berubah...

Kami mengharapkan bantuan daripada pihak yang berkenaan dan harap dapat melunaskan janji yang telah diungkapkan....





Masih lagi gambar ketika aktiviti gotong-royong....Kelihatan Pakcik Majil dalam gambar.




Tidak ketinggalan juga golongan wanita dalam memberikan kerjasama....seronok mereka dapat berkumpul sambil makan tembikai yang disponser oleh Brother Urang Tua Ili...

Kelihatan Joe,Mariana,Arini,Rusina di dalam gambar ni....

Jelingan maut di Joe bo....





Golongan Belia Kg.Salimandut yang begitu komited memberikan kerjasama... mereka ini terdiri daripada yang memakai topi warna biru Cikgu Juani,Bell,Odey,Nonong,Boyis,Bulul dan yang lain-lain ni tak clear pula saya muka diorang ni...apa pun Syabas dan Tahniah atas kerjasama yang diberikan...

KEEP IT UP BELIA....!




Ini adalah antara gambar2 ketika gotong-royong pada pagi 31hb


Hai semua....jumpa lagi dalam Tahun Baru 2009. Lama tak publish apa2 kat blog ni.Saya sibuk sedikit dengan beberapa tugasan dan tanggungjawab....

Peta di sebelah adalah peta wilayah Kg.Salimandut yang meliputi kasawan perkampungan dan kawasan persawahan...

untuk makluman semua,baru2 ni pada 31hb 12.2008,sambutan pertukaran tahun 2008-2009 telah diadakan oleh badan JKKK Kg.Salimandut sepertimana tahun2 lalu.Komitmen yang diberikan oleh penduduk Kg.Salimandut amat memberangsangkan terutama ketika aktiviti gotong-royong di adakan pada sebelah pagi 31hb.

Saya akan publish gambar-gambar penduduk Kg.Salimandut ketika bergotong-royong,begitu juga pada sebelah malam.