Friday, January 2, 2009



Ucapan Perasmian Majlis Pertukaran tahun 2008-2009 pada malam 31 Disember 2008 oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu En.Jemso Majalin.

Maljis pada malam itu dihadiri oleh semua penduduk Kg.Salimandut tanpa mengira usia,agama,bangsa dan status...

Begitu meriah...

3 minit sebelum jam 12.00 tengah malam, acara bertafakur mengikut kepercayaan masing-masing dilaksanakan.

Dengan terlepasnya das tembakan menunjukkan detik jam 12 malam,semua penduduk sama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku,diikuti Lagu Cemerlang,Gemilang,Terbilang dan lagu terakhir iaitu Lagu Sabah Tanah Airku.

Dalam berhibur jangan dilupakan tanggungjawab kepada Tuhan kerana masih memberikan peluang kepada kita semua untuk bernafas dan menikmati nikmat dunia..

Begitu juga sebagai tanda terima kasih kepada Negara Malaysia Tercinta kerana kita berpeluang dan bersyukur hidup dalam Wilayah Keamanan.

1 comment:

AIRMAS said...

Tahniah - Anak-anak lah pewaris kita.