Friday, January 2, 2009




With My 3 Hero...
Ellner Avner,Ethaniel Aver,Elver Elmer




31 DISEMBER 2008 MAJLIS PERTUKARAN TAHUN KG.SALIMANDUT

kelihatan Aiman dan Avner tersenyum riang...begitu juga dengan kanak-kanak yang berhampiran dengan gong dan kulingtangan.





kelihatan Kak Rapiah dalam gambar...begitu asyik mengurus makanan agar semua penduduk dapat makan....

Kanak-kanak juga tidak ketinggalan turut serta mengambil bahagian...



Ini adalah gambar pada sebelah malam sambutan Pertukaran Tahun bertempat di Dataran Astaka Kg.Salimandut...

Begitu seronok mereka menjamu selera beramai-ramai.

Untuk pengetahuan semua,aktiviti BBQ yang terdiri daripada ayam,ikan dan sosej turut diadakan.

Selain itu para penduduk yang dermawan juga membawa makanan dari rumah masing-masing.

Antara menu pada malam itu ialah nasi goreng,nasi bungkus,mee goreng,jagung rebus,ulam,kuih pisang,minuman panas,dan bermacam-macam lagi...



Ucapan Perasmian Majlis Pertukaran tahun 2008-2009 pada malam 31 Disember 2008 oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu En.Jemso Majalin.

Maljis pada malam itu dihadiri oleh semua penduduk Kg.Salimandut tanpa mengira usia,agama,bangsa dan status...

Begitu meriah...

3 minit sebelum jam 12.00 tengah malam, acara bertafakur mengikut kepercayaan masing-masing dilaksanakan.

Dengan terlepasnya das tembakan menunjukkan detik jam 12 malam,semua penduduk sama-sama menyanyikan Lagu Kebangsaan Lagu Negaraku,diikuti Lagu Cemerlang,Gemilang,Terbilang dan lagu terakhir iaitu Lagu Sabah Tanah Airku.

Dalam berhibur jangan dilupakan tanggungjawab kepada Tuhan kerana masih memberikan peluang kepada kita semua untuk bernafas dan menikmati nikmat dunia..

Begitu juga sebagai tanda terima kasih kepada Negara Malaysia Tercinta kerana kita berpeluang dan bersyukur hidup dalam Wilayah Keamanan.



Gambar Ketua Pemuda UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu En.Jemso Majalin juga berasal dari Kg.Salimandut....

Beliau merupakan Pegawai PUSPAKOM Daerah Kota Marudu.

Seorang yang pendiam dan cool tetapi mempunyai kuasa dalaman yang kuat. Begitu aktif dalam menghantar pasukan bola sepak untuk menyertai mana-mana pertandingan termasuklah pertandingan futsal di Tampaluri yang dirasmikan oleh YB.Datuk Mukhriz Tun Dr.Mahathir pada Disember yang lalu.Saya begitu bangga dan hormat kepada beliau..

Beliau ni bukannya orang lain dengan saya juga. Beliau merupakan abang sepupu saya.

Beliaulah yang telah merasmikan Majlis Pertukaran Tahun 2008-2009 yang diadakan pada sebelah malam 31hb....

Semoga beliau success selalu dalam semua lapangan yang beliau ceburi....



Kelihatan Pentas Utama Kg.Salimandut dalam gambar....

Pentas ini sudah terlalu lama diwarisi.Saya masih ingat lagi pentas ini dibina pada Tahun 1988 ketika Sambutan Pesta Kaamatan USDA.

Begitu strategik kedudukan Pentas Utama ini.

Sudah tiba masanya wajah Pentas ini harus berubah...

Kami mengharapkan bantuan daripada pihak yang berkenaan dan harap dapat melunaskan janji yang telah diungkapkan....